SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Sunday 24 March 2013

'1 Malaysia'kah kita?

Ini betul² berlaku,dan apa yg berlaku masih segar dalam kotak ingatan admin.Baru² ini,dalam sebuah segmen bual bicara di sebuah stesen TV bertaraf antarabangsa,isu semangat ke-Malalaysiaan ataupun 1Malaysia telah dibangkitkan. 

Rata² mereka yg telah membangkitkan mengenai isu ini terdiri daripada rakyat Malaysia, bukan daripada kaum Melayu. Mereka mengatakan bahawa konsep atau laungan “Malaysia Truly Asia” hanyalah sekadar fabrikasi dan pemanis mulut kerajaan pemerintah untuk menarik kebanjiran pelancong ke negara ini .Selain itu,kerajaan pemerintah kini dikatakan masih mengamalkan politik konservatif dimana sentimen berasaskan perkauman diutamakan. 

Sejauh mana kebenaran atau ketepatan perkara ini??





 Lakonan semata-mata…..??

Dalam mengupas isu ini,admin merayu agar para pembaca meluangkan sedikit masa dan berfikir sejenak. Mengapa rakan senegara kita boleh merasakan perkara seperti ini??? Ya, kita akur perspektif setiap individu itu sememangnya lain dan berbeza dan kadang kala unik, tetapi apakah asbab tercetusnya pemikiran yg sedemikian.? 

Adakah kerajaan pemerintah yg harus dipersalahkan semata2 ???Bagaimana dengan peranan kita sebagai salah satu daripada jutaan bata yg membina Malaysia. Ingin admin bangkitkan beberapa contoh yg mungkin mampu memberikan cerminan akan kesatuan rakyat di negara kita. Dalam kerja berkumpulan,mengapa kita lebih selesa untuk bekerja sesama bangsa sendiri? Mengapa kita tidak boleh duduk semeja dengan bangsa lain semasa menjamu selera?? Bukankah kita sepatutnya bersatu untuk menjaga keharmonian Negara Malaysia yg tercinta?? 


p/s:Kita ini kalau kurang berfikir tapi banyak membangkang,sampai bila2 pun akan berada dibarisan belakang.

1 comment:

  1. Ini adalah sesuatu yang terjadi di mana negara dlm dunia. Lebih lebih lagi negara yg sedang membangun dan diperhatikan oleh negara luar. Sejarah negara yg hanya berusia kurang lebih 100 tahun tidak terkecuali lebih lebih lagi kemajuan yg dikecapi lebih awal berbanding dengan tamadun lain di rantau ini. Persoalan kenapa isu kebangsaan di main sedangkan konsep 1 Malaysia amat bertepatan dan ianya disalah erti. Orang Melayu boleh diterima tetapi bangsa lain tidak sebab mereka masih curiga dan bukan dgn hati.

    ReplyDelete