SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Friday 12 April 2013

BN : Pakar CIPLAK manifesto ???!!







Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan,
Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. 

Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, 
satu manifesto pilihan raya umum di negara ini

menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang telah dijangka , 
Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara 
yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat.

Membawa tema 
“Menepati Janji, Membawa Harapan” 
manifesto mereka memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi


Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:


Dakwaan 1 : Harga kereta

Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya 
dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing 
dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara 
berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.


Fakta: 


Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.




Dakwaan 2 : Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) 
dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina 
dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta 
– termasuk 500,000 buah rumah PR1MA


FAKTA:


Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. 
Jadi siapa tiru siapa sebenarnya?



Dakwaan 3 : Keretapi laju

Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama 
di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar


FAKTA


Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.


Dakwaan 4 : Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak 
yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak 
hingga ke Serudung di Sabah


FAKTA :


Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). 





Dakwaan 5 : Royalti Petroleum

Manifesto Rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.


Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan 
sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada 
Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang


FAKTA :

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.
 (Lihat berita harakahdaily: PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara akur janji.



Dakwaan 6 : Permit Teksi

Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi 
dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.


Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%). Pada 11 Julai 2009, PM telah umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. 

Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?




Dakwaan 7 : “Pengkalan” data

Manifesto Rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai 
maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada 
yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan 
menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu


Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?



Dakwaan 8 : Tanah wakaf

Manifesto Rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf 
dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri


FAKTA : 


Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. 

Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru 
idea BN dan melancarakannya lebih awal?





Dakwaan 9 : Pakej penggajian baru

Manifesto Rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, 
tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan 
sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun 
dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka 
yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji


FAKTA : 


Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.



KESIMPULAN :

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? 

Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.



Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. 

Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.


#SaveMalaysia  #BetterNation

Thursday 11 April 2013

Kehebatan Pakatan Rakyat (PR)




Pakatan Rakyat,
satu nama yang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia.

Sebuah 'pakatan' yang dikatakan akan menggulingkan Barisan Nasional
di dalam PRU-13 yang akan berlangsung kelak.

Nampak HEBAT kan???

Tetapi, tahukah anda bahawa Pakatan Rakyat
merupakan satu parti multi-komponen yg TIDAK BERDAFTAR???!

Jika benar mereka parti yg BERDAFTAR,
mana BENDERA PAKATAN RAKYAT???

Sedarlah rakyat Malaysia,
bahawa sesungguhnya
Pakatan Rakyat TIDAK SAH di atas kertas,
yang ada hanyalah NAMA yang dipropagandakan kepada rakyat!!!

Mereka secara AKTIF menghasut rakyat diseluruh Malaysia TANPA KEBENARAN!!!

KENAPA mereka mahu dipandang
sebagai SATU kumpulan parti yg bertanding di dalam PRU-13
 tetapi tidak mahu mendaftar agar SAH disisi undang-undang???

Adakah mereka TAKUT sekiranya didaftarkan di bawah 1 parti,
mereka perlu memilih salah SEORANG SAHAJA daripada
Anwar, Hadi & Lim untuk dijadikan PRESIDEN PR
yang akan dilantik menjadi PM kelak ???
(sekiranya menang)

Mungkinkah juga terdapat kelemahan pimpinan yg akan mengkucar-kacirkan
parti masing-masing jika mereka mendaftar dibawah 1 parti???

Ini  bermakna
 mereka tidak boleh menggunakan nama Pakatan Rakyat
untuk membentangkan manifesto kerana
 Pakatan Rakyat TIDAK memenuhi syarat sebagai parti perikatan. 

Hmmph, 
Patutlah janji-janji sebelum ini LANGSUNG TIDAK DITUNAIKAN!!!

Rupa-rupanya  mereka sekadar menabur janji palsu 
menggunakan nama PR yang tidak sah dari segi undang-undang.

Inilah yang dikatakan
PAKATAN MENIPU RAKYAT !!!


p/s: Dah la HARAM, ada HATI nak tadbir MALAYSIA ???
Over our DEAD bodies !!!

#BetterNation     #SaveMalaysia

Wednesday 10 April 2013

HUDUD : Kisah Dongeng Moden di Malaysia ???!!


Diambang PRU-13 ni, isu HUDUD & PAS memang tidak dapat dipisahkan lagi.

APA itu HUDUD???

Hukum jenayah islam dibahagikan kepada tiga; iaitu hudud, qisas dan ta’zir

Sejak tahun 1986 lagi, Pas 'memperjuangkan' hudud supaya dilaksanakan,
namun masih tak kunjung tiba 
dengan alasan;
dihalang oleh perlembagaan persekutuan.




Hudud adalah salah satu kandungan dalam hukum jenayah isla selain qisas dan ta’zir. 
Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus
Kesalahan hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan pelanggaran2 hak-hak ALLAH. 
Antara kesalahan tersebut ;

1)Riddah (murtad)
2) Zina
3) Qazaf zina
4) Mabuk (sakran)
5) Pencurian
6) Perompakan
7) Pemberontakan
8) Liwat
9) Hubungan seks dengan haiwan
10) Sihir


Terdapat 3 versi hukum hudud PAS; 

#1
 Hudud Pas Kelantan yg dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang mempunyai 72 pasal.

#2
Hudud pas Terengganu, Draf cadangan undang-undang kesalahan jenyah syariah(hudud dan Qisas) Terengganu,2002 yang mempunyai 74 fasal.

#3
Rang enakmen kesalahan jenayah syariah (EKJS).
Hudud dan Qisas Terengganu yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Nak jadikan cerita,
Kesalahan hudud yang digariskan PAS hanya 6;

1) Zina
2) Qasaf (tuduh zina tanpa bukti)
3) Mencuri
4) Minum arak
5) Murtad
6) merompak

p/s ; Kononnya hukum Islam yang dilaksanakan di Malaysia TIDAK MENYELURUH,
Habis, kau tu setakat nak laksana 6 je daripada 10 tu, MENYELURUH la SANGAT kan??!!



#SelamatkanMalaysia #BetterNation

Tuesday 9 April 2013

PR : Pakatan HARAPAN Rakyat ???


Sebuah video yang LEBIH SENSASI daripada video LUCAH Angwar Ibrahim
 telah berjaya dirakamkan !!!

Video ini melibatkan
Anak didik kepada pakar putar-belit Anwar Ibrahim,
Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia 
yang juga pernah menjadi Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim  

Rakaman di bawah  dibuat semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan
 isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri 
oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC
wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).


Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:

1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.

2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".

3. Menghina & menafikan hak rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.


Penduduk mahukan jambatan itu KEKAL

Namun Nik Nazmi tetap ANGKUH & BERDEGIL mahukan jambatan itu dirobohkan.

 Mana pergi laungan
'Negara Berkebajikan' , 
'Pakatan Rakyat, Harapan Rakyat' dsb???

Di manakah SUARA rakyat dalam isu ini???

Dan jangan terlepas pandang cara Nik Nazmi dengan BIADAP LAGI ANGKUH 
menidakkan hujah yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat yang lain
sehingga mencetuskan pertelingkahan!!

Mana dia keadilan yang digembar-gemburkan itu?! 
Cakap tak serupa bikin!!

Isu kuil juga disentuh dalam video tersebut. 
Anda boleh lihat sendiri bagaimana Nik Nazmi memperlekehkan kuil Hindu 
yang dibina di bawah pokok di kawasan itu.

 "Kuil di bawah pokok. I am not so interested," katanya.

 Ini datang dari mulut pihak parti yang 'GIAT' memperjuangkan kesamarataan semua agama!!! 
Kata pentingkan keharmonian antara kaum???! 
Depan cakap lain, belakang cakap lain??

#SelamatkanMalaysia  #BetterNation

sumber: http://rakyatmerahkuning.blogspot.com/2013/04/gempar-video-rakaman-sulit-dedahkan.html

Sunday 7 April 2013

PR : Pakatan Rebut KUASA ??!!



Pakatan Rakyat (PR) kini jelas
TIDAK MAMPU MENCAPAI KATA SEPAKAT
terutamanya dalam menentukan hala tuju pimpinan parti.

DAP nak letak calon,
PKR pun nak letak calon??

Mengapa berlakunya perebutan KUASA sesama PR
di Gelang Patah?

Macam2 isu yg telah dibangkitkan di Gelang Patah,
termasuklah isu kawasan setinggan.

DAP terus berusaha untuk dilihat seolah-olah mahu membela nasib penghuni kawasan setinggan,

tetapi rakyat kini telah SEDAR bahawa
DAP ini membawa AGENDA JAHAT!!!


Adakah peristiwa Kg Pala,Penang akan BERULANG
di Gelang Patah?

Penduduk DIUSIR !!!
gara2 ketamakkan parti pembangkang!

Mungkinkah TANAH yg menjadi keinginan SEBENAR ??!!

Mahukah kita sebagai rakyat mahu terpedaya lagi dengan 
JANJI2 MANIS PR yg hanya mementingkan diri sendiri?

#SelamatkanMalaysia !!!!


Info tambahan:
http://mustikacitra-indah.blogspot.com/2010/04/jadikan-peristiwa-kampung-buah-pala.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130406/px_02/PRU-13-Perebutan-kerusi-DAP-PKR-Johor-semakin-serius

Azizan mahu TUKAR Kedah??!!



Kalau dulu, mana² ahli parti yg memakai lambang musuh,boleh dipecat dalam masa 24 jam.
mengapa dia TIDAK dipecat??

1M4U, dari Kerajaan Pusat, 
untuk SEMUA.

Sedarlah,
Pemimpin PAS no 1 negeri KEDAH telah pun beri petunjuk
Bahawa apa dibawa oleh Kerajaan Pusat
adalah Yg TERBAIK utk SEMUA.

RAKYAT KEDAH,

TUKARLAH KERAJAAN

Kembalilah pada UMNO

bersatulah kita
agar rakyat tak dinafikan hak mereka
seperti mana yg berlaku hari ini!!

    



Bukti dah ada depan mata
Tunggu apa lagi,?

Jom pakat pangkah BN 

untuk PRU ke-13 ni.!!
#SelamatkanKedah







Diari hati #2 ♥♥♥



Saturday 6 April 2013

#manifestoBN #PRU13






Kalau BN menang, dalam masa 5 tahun :

* Kenaikan kadar BR1M sehingga RM1200 secara berperingkat
* Turun yuran broadband 20%
* 1 harga yang sama bagi semua keperluan asas tidak kira tempat
* 'Anjung Singgah' (pusat perlindungan sementara) untuk golongan gelandangan
* 1 juta rumah mampu milik, 500 ribu adalah rumah PR1MA
* Harga rumah PR1MA ialah 20% lebih murah dari harga pasaran
* Kad prihatin untuk diskaun harga ubat
* Pusat dialisis di kawasan penduduk berkepadatan tinggi
* Bas Rapid untuk semua ibu negeri
* Menambah permit teksi individu
* High Speed Rail dan Landasan Berkembar Kereta Api akan dilaksanakan
* Lebih banyak susur keluar PLUS
* Lebuh raya Pan Borneo merentasi negeri Sabah dan Sarawak
* Lebuh raya pantai timur : Kuala Krai - Kota Bharu, Gambang - Segamat
* Lebih raya Pantai Barat yang baru : Banting - Taiping
* Kurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat
* Selesai masalah air terawat : Selangor, Wilayah Persekutuan & Kelantan
* Tarik pelaburan RM 1.3 Trillion
* Peluang pekerjaan baru : 3.3juta
* Pendapatan per kapita RM 45,000 menjelang tahun 2020
* Pengurangan cukai individu dan korporat secara berperingkat
* Bayaran tunai khas (atau yang org dok sebut royalti) sehingga 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Teregganu, Kelantan dan Pahang
* Unit Khas bantu program peningkatan taraf hidup masyarakat India
* Memperhebatkan 'Outsourcing' kepada syarikat Bumiputera
* Bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
* Bantuan khas kepada semua jenis sekolah (SJK, SABK, MRSM, SBP)
* WIFI percuma di semua kampus IPTA
* Pemilikan laptop dengan internet di sekolah-sekolah
* Kenaikan pangkat guru dengan laluan kerjaya baharu secara segera berdasarkan prestasi
* Tambahan 4,000 anggota Polis setiap tahun
* Memasang lampu di jalan2 dan lorong2 untuk kurangkan jenayah jalanan
* Menambah penggunaan CCTV di kawasan-kawasan sibuk
* Menambah jumlah wanita dalam proses membuat keputusan nasional
* Memperketatkan undang-undang pencegahan penderaan dan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja
* Menambah lokasi WIFI percuma di kawasan luar bandar dan separa bandar
* Menjadikan Brickfields 'zon mesra golongan buta' - contoh untuk lebih banyak tempat lain
* Menyediakan tabung untuk NGO yang berdaftar
* Mendukung ISLAM sebagai agama persekutuan dan mempromosikan syiar dan syariat ISLAM berdasarkan Maqasid Syariah
* Seorang Menteri di JPM bagi menangani isu-isu golongan bukan Islam
* Mempromosi dasar wastiyyah (kesederhanaan) dalam semua pendekatan
* Kebajikan Imam, pegawai masjid dan guru KAFA melalui perkhidmatan dan kenaikan gaji
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membolehkan pelajar SAR mendapat pendidikan berkualiti dan infra pendidikan kerajaan
* Bantuan kewangan kepada SAR dan Sekolah Pondok
* SPRM akan ada suruhanjaya lantikan sendiri (Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM)
* Akujanji integriti untuk Ahli Parlimen dan ADUN
* Skim Gaji Transformatif kepada penjawat awam - semak semula elaun
* Perkhidmatan Awam - Lebih peluang naik pangkat dan pembangunan bakat
* Lanjut tempoh pegawai kontrak dan serap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan awam
* Memperluaskan UTC ke semua bandar dan pekan utama
* BERJUANG untuk PENUBUHAN NEGARA PALESTIN!
* Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah bergolak spt di Gaza, Mindanao, Selatan Thai dsb.
* Memelihara sungai dan anak sungai : Program Sungai Nadi Kehidupan
* Memulihara hutan dan penanaman semula hutan
* Guna teknologi hijau terkini dalam pengurusan sisa pepejal


Untuk Manifesto penuh Barisan Nasional,sila klik sini

Temberang si MahaZALIM ??!!





 PAS kata " kerajaan BN zalim,
kerajaan BN hantar orang bunuh warga kampung ."

MANA PERGI duit tabung yg parti PAS kutip berjuta²
demi perjuangan mereka dalam membela nasib agama kita (kononnya)

KENAPA duit tersebut tidak disampaikan sebagai salah satu bentuk bantuan kepada balu² dan anak² yatim??

Ke mana perginya semua wang tersebut?

Guna untuk KEPENTINGAN POLITIK PARTI kah?

SIAPA sebenarnya yg lagi ZALIM sekarang?

Parti yg mengutamakan keselamatan negara (BN)
atau
PAS yg menyalahgunakan wang ikhsan daripada rakyat marhein?

Selaku rakyat, nilailah sendiri.
Jgn terlampau mudah termakan POLITIK SIMPATI!!

Friday 5 April 2013

PAS : Indahnya negara Islam


"Dimanakah dalam mana² transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara ISLAM? Saya mintak pandangan dan mintak jawapan.
Di manakah dalam transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS MAHU melaksanakan negara ISLAM?(DAP tepuk meja tanda setuju) "
- YAB Nizar





Pemimpin PAS sendiri pun keliru tentang penubuhan negara ISLAM.

APA sebenarnya perjuangan PAS? 

Inilah contoh PRODUK PEMIMPIN PAS yg anda semua sanjung.
Dikawal parti lain seperti BONEKA

Kalau anda mahu lebih ramai pemimpin 
sebegini memimpin negara,
UNDILAH PAS !!



Dari Siswa4u untuk Kerajaan


Kemunculan GM13 telah membawa imej negatif mahasiswa kepada masyarakat.
Hari ini,admin menyeru agar semua mahasiswa bangkit dan menyokong perjuangan siswa4u agar imej yg tercalar ini dapat dipulihkan.

Siswa4u merupakan organisasi yang mewakili suara mahasiswa dari IPTA di seluruh negara.Pengerak Siswa4u ini merupakan pemimpin-pemimpin pelajar di seluruh IPTA,bukan calang-calang pelajar.
Matlamat pergerakan SISWA4U  adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.




“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,”- Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin


 Tunggu apa lagi??Ayuh mahasiswa sekalian,
Bangkitlah dari lena,
ayuh perjuangkan suara mahasiswa,
gunakan sepenuhnya hak kebebasan berpolitik mahasiswa,
gunakan akal fikiran, kebijaksanaan,dan tenaga anda
mari sama2 membantu dan menyokong 

KERAJAAN BARISAN NASIONAL 


 

Web rujukan:

http://www.agendadaily.com/index/

http://www.umno-online.my/?p=80629 


Tuesday 2 April 2013

Terowong Dinasti Lim di Penang???

Dalam post "Terowong Pening di Penang" sebelum ini , admin ada berkongsi sedikit maklumat mengenai sebuah syarikat konsortium yang telah diberikan kontrak dgn sewenang-wenangnya oleh LGE untuk membina terowong di Penang

Kini kami ingin tampilkan behind-the-scene syarikat konsortium tersebut.
 (WARNING ; Penuh dgn unsur kronisme & nepotisme)

2







CZB – or also known as Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
BUCGBeijing Urban Construction Group
ST – Sri Tinggi Sdn Bhd
JU – Juteras Sdn Bhd
ZC-CRC – Zenith Construction Sdn Bhd in a joint venture with China Railway Construction Ltd (CRCL)


Awal-awal lagi dah nampak unsur kronisme kat situ. tapi takpelah, maybe dia nak tolong org2 china kat Tanah besar China ??
(macam UMNO nak tolong Melayu kat Tanah Melayu a.k.a Malaysia). 

Yang 'menarik'nya, cerita pasal terowong ni baru sangat2, even rakyat Penang pun mungkin tak tahu cerita lagi pasal benda ni,  tetapi progress untuk melaksanakan projek ni sudah dimulakan.. mana sistem tender? (nak settle sebelum PRU13 kot, takut kalah la tu.. )

Takkan lah dalam masa sebulan ni dah completely settle deal dengan 'syarikat-syarikat' di atas.. 
Ini kan projek yang nilainya BERBILION RINGGIT, mudahnya kerajaaan Penang nak bagi duit kat KRONI kan..

Dalam menetapkan keputusan semasa pembinaan Jambatan Kedua Penang dahulu pun, hampir setahun perbincangan dilaksanakan, tu baru hrga RM4.8b.. Inikan projek yang bernilai RM8billion?!!



RM8b boleh di korbankan untuk membuat terowong yang yang tidak pasti lagi akan fungsinya
rumah rakyat sebuah pun korang tak MAMPU nak buat?!!

P/S : mungkinkah ini jalan utk memperkuatkan ''dinasti Lim''  dlm DAP??..
 #SelamatkanPenang !!