SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Saturday, 6 April 2013

#manifestoBN #PRU13






Kalau BN menang, dalam masa 5 tahun :

* Kenaikan kadar BR1M sehingga RM1200 secara berperingkat
* Turun yuran broadband 20%
* 1 harga yang sama bagi semua keperluan asas tidak kira tempat
* 'Anjung Singgah' (pusat perlindungan sementara) untuk golongan gelandangan
* 1 juta rumah mampu milik, 500 ribu adalah rumah PR1MA
* Harga rumah PR1MA ialah 20% lebih murah dari harga pasaran
* Kad prihatin untuk diskaun harga ubat
* Pusat dialisis di kawasan penduduk berkepadatan tinggi
* Bas Rapid untuk semua ibu negeri
* Menambah permit teksi individu
* High Speed Rail dan Landasan Berkembar Kereta Api akan dilaksanakan
* Lebih banyak susur keluar PLUS
* Lebuh raya Pan Borneo merentasi negeri Sabah dan Sarawak
* Lebuh raya pantai timur : Kuala Krai - Kota Bharu, Gambang - Segamat
* Lebih raya Pantai Barat yang baru : Banting - Taiping
* Kurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat
* Selesai masalah air terawat : Selangor, Wilayah Persekutuan & Kelantan
* Tarik pelaburan RM 1.3 Trillion
* Peluang pekerjaan baru : 3.3juta
* Pendapatan per kapita RM 45,000 menjelang tahun 2020
* Pengurangan cukai individu dan korporat secara berperingkat
* Bayaran tunai khas (atau yang org dok sebut royalti) sehingga 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Teregganu, Kelantan dan Pahang
* Unit Khas bantu program peningkatan taraf hidup masyarakat India
* Memperhebatkan 'Outsourcing' kepada syarikat Bumiputera
* Bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
* Bantuan khas kepada semua jenis sekolah (SJK, SABK, MRSM, SBP)
* WIFI percuma di semua kampus IPTA
* Pemilikan laptop dengan internet di sekolah-sekolah
* Kenaikan pangkat guru dengan laluan kerjaya baharu secara segera berdasarkan prestasi
* Tambahan 4,000 anggota Polis setiap tahun
* Memasang lampu di jalan2 dan lorong2 untuk kurangkan jenayah jalanan
* Menambah penggunaan CCTV di kawasan-kawasan sibuk
* Menambah jumlah wanita dalam proses membuat keputusan nasional
* Memperketatkan undang-undang pencegahan penderaan dan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja
* Menambah lokasi WIFI percuma di kawasan luar bandar dan separa bandar
* Menjadikan Brickfields 'zon mesra golongan buta' - contoh untuk lebih banyak tempat lain
* Menyediakan tabung untuk NGO yang berdaftar
* Mendukung ISLAM sebagai agama persekutuan dan mempromosikan syiar dan syariat ISLAM berdasarkan Maqasid Syariah
* Seorang Menteri di JPM bagi menangani isu-isu golongan bukan Islam
* Mempromosi dasar wastiyyah (kesederhanaan) dalam semua pendekatan
* Kebajikan Imam, pegawai masjid dan guru KAFA melalui perkhidmatan dan kenaikan gaji
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membolehkan pelajar SAR mendapat pendidikan berkualiti dan infra pendidikan kerajaan
* Bantuan kewangan kepada SAR dan Sekolah Pondok
* SPRM akan ada suruhanjaya lantikan sendiri (Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM)
* Akujanji integriti untuk Ahli Parlimen dan ADUN
* Skim Gaji Transformatif kepada penjawat awam - semak semula elaun
* Perkhidmatan Awam - Lebih peluang naik pangkat dan pembangunan bakat
* Lanjut tempoh pegawai kontrak dan serap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan awam
* Memperluaskan UTC ke semua bandar dan pekan utama
* BERJUANG untuk PENUBUHAN NEGARA PALESTIN!
* Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah bergolak spt di Gaza, Mindanao, Selatan Thai dsb.
* Memelihara sungai dan anak sungai : Program Sungai Nadi Kehidupan
* Memulihara hutan dan penanaman semula hutan
* Guna teknologi hijau terkini dalam pengurusan sisa pepejal


Untuk Manifesto penuh Barisan Nasional,sila klik sini

Temberang si MahaZALIM ??!!





 PAS kata " kerajaan BN zalim,
kerajaan BN hantar orang bunuh warga kampung ."

MANA PERGI duit tabung yg parti PAS kutip berjuta²
demi perjuangan mereka dalam membela nasib agama kita (kononnya)

KENAPA duit tersebut tidak disampaikan sebagai salah satu bentuk bantuan kepada balu² dan anak² yatim??

Ke mana perginya semua wang tersebut?

Guna untuk KEPENTINGAN POLITIK PARTI kah?

SIAPA sebenarnya yg lagi ZALIM sekarang?

Parti yg mengutamakan keselamatan negara (BN)
atau
PAS yg menyalahgunakan wang ikhsan daripada rakyat marhein?

Selaku rakyat, nilailah sendiri.
Jgn terlampau mudah termakan POLITIK SIMPATI!!

Friday, 5 April 2013

PAS : Indahnya negara Islam


"Dimanakah dalam mana² transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara ISLAM? Saya mintak pandangan dan mintak jawapan.
Di manakah dalam transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS MAHU melaksanakan negara ISLAM?(DAP tepuk meja tanda setuju) "
- YAB Nizar





Pemimpin PAS sendiri pun keliru tentang penubuhan negara ISLAM.

APA sebenarnya perjuangan PAS? 

Inilah contoh PRODUK PEMIMPIN PAS yg anda semua sanjung.
Dikawal parti lain seperti BONEKA

Kalau anda mahu lebih ramai pemimpin 
sebegini memimpin negara,
UNDILAH PAS !!



Dari Siswa4u untuk Kerajaan


Kemunculan GM13 telah membawa imej negatif mahasiswa kepada masyarakat.
Hari ini,admin menyeru agar semua mahasiswa bangkit dan menyokong perjuangan siswa4u agar imej yg tercalar ini dapat dipulihkan.

Siswa4u merupakan organisasi yang mewakili suara mahasiswa dari IPTA di seluruh negara.Pengerak Siswa4u ini merupakan pemimpin-pemimpin pelajar di seluruh IPTA,bukan calang-calang pelajar.
Matlamat pergerakan SISWA4U  adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.




“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,”- Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin


 Tunggu apa lagi??Ayuh mahasiswa sekalian,
Bangkitlah dari lena,
ayuh perjuangkan suara mahasiswa,
gunakan sepenuhnya hak kebebasan berpolitik mahasiswa,
gunakan akal fikiran, kebijaksanaan,dan tenaga anda
mari sama2 membantu dan menyokong 

KERAJAAN BARISAN NASIONAL 


 

Web rujukan:

http://www.agendadaily.com/index/

http://www.umno-online.my/?p=80629 


Tuesday, 2 April 2013

Terowong Dinasti Lim di Penang???

Dalam post "Terowong Pening di Penang" sebelum ini , admin ada berkongsi sedikit maklumat mengenai sebuah syarikat konsortium yang telah diberikan kontrak dgn sewenang-wenangnya oleh LGE untuk membina terowong di Penang

Kini kami ingin tampilkan behind-the-scene syarikat konsortium tersebut.
 (WARNING ; Penuh dgn unsur kronisme & nepotisme)

2







CZB – or also known as Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
BUCG – Beijing Urban Construction Group
ST – Sri Tinggi Sdn Bhd
JU – Juteras Sdn Bhd
ZC-CRC – Zenith Construction Sdn Bhd in a joint venture with China Railway Construction Ltd (CRCL)


Awal-awal lagi dah nampak unsur kronisme kat situ. tapi takpelah, maybe dia nak tolong org2 china kat Tanah besar China ??
(macam UMNO nak tolong Melayu kat Tanah Melayu a.k.a Malaysia). 

Yang 'menarik'nya, cerita pasal terowong ni baru sangat2, even rakyat Penang pun mungkin tak tahu cerita lagi pasal benda ni,  tetapi progress untuk melaksanakan projek ni sudah dimulakan.. mana sistem tender? (nak settle sebelum PRU13 kot, takut kalah la tu.. )

Takkan lah dalam masa sebulan ni dah completely settle deal dengan 'syarikat-syarikat' di atas.. 
Ini kan projek yang nilainya BERBILION RINGGIT, mudahnya kerajaaan Penang nak bagi duit kat KRONI kan..

Dalam menetapkan keputusan semasa pembinaan Jambatan Kedua Penang dahulu pun, hampir setahun perbincangan dilaksanakan, tu baru hrga RM4.8b.. Inikan projek yang bernilai RM8billion?!!



RM8b boleh di korbankan untuk membuat terowong yang yang tidak pasti lagi akan fungsinya, 
rumah rakyat sebuah pun korang tak MAMPU nak buat?!!

P/S : mungkinkah ini jalan utk memperkuatkan ''dinasti Lim''  dlm DAP??..
 #SelamatkanPenang !!

Monday, 1 April 2013

Harga Kereta : Rakyat Malaysia DITIPU LAGI?!!!

Kita ni, asyik2 kena kelentong je..
Hah, tak percaya yang kita kena kelentong ke?

Jom bandingkan HARGA KERETA! 

Sebagai rujukan ;-
                  -harga bebas cukai seperti harga yg digunapakai di pulau labuan.
                  -harga bercukai seperti skim harga yg digunapakai semenanjung Malaysia.

Rajah: Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi



Myvi SX -1300cc Manual

auta




HONDA CIVIK 1.8S

auta


TOYOTA CAMRY 2.0E

auta


EDISI KANTOI - RAFIZI MENIPU MALAYSIA LAGI!!


1. Saya baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) dimana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta dan telah membuat anlisis. Ini pendedahan kedua dari kami.

2. Menonton video tersebut, membuatkan saya terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. Saya akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.


7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perebezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00 . Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.

8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh PR, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97.015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan, kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walauapapun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini di sini, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailan mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Rakyat, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

Dipetik daripada: 


Dr.Sawal Ali
Chewal.Blogspot.com


p/s ; sila tukar PR kepada PmR :
               Pakatan MENIPU Rakyat!!