SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Sunday 31 March 2013

Diari Hati Angwar Brahim





Nantikan kemunculannya........

Ini semua salah UMNO....



"SEMUA SALAH UMNO!"

UMNGOK, UMporNO, Dll..


'Blaming Culture' is the NEW mainstream. 

Menang 2/3 kerusi parlimen, salah UMNO, SPR tak telus.

Dapat BR1M, UMNO cuba gula-gula kan rakyat..

 Tak nak bayar PTPTN, salah UMNO tak nak buat pendidikan percuma.

Video SEKS semakin banyak, salah UMNO parti gila seks

Kenapa bukan MCA ke? DAP ? atau parti 'suci' PAS ??

BERSIH sangat ke puak-puak tu? 
Maksum kah mereka???

Kalau betul UMNO ni macam apa yg digembar-gemburkan, 
 agak-agaknya, sampai ke negara kita ke tahap yang sedia ada pada hari ni:


-pelaburan langsung asing meningkat sebanyak 12.3% kpd RM33bilion
-Pendapatan per kapita malaysia sebanyak USD9700
-pendapatan isi rumah bulanan meningkat 7.2% setahun
-kadar pengangguran bawah 3%
-No 4 dunia bg golongan pesara asing untuk menetap
-3300 km jalan raya dibina
-1.4 juta isi rumah dibekalkan air bersih
-470 ribu isi rumah mendapat bekalan eletrik
-53000 rumah untuk penduduk miskin luar 
bandar dibina dan dibaik pulih
-pencapaian pelajar ditingkatkan
-pencapaian Bidang Ekonomi Utama Negara

(Sumber:BHarian 20 Mac 2013)







sebagai RAKYAT, gunakanlah kebebasan berfikir anda dgn sebaiknya,
jangan biarkan dakyah si Kitol moden  terus dijadikan panduan!



Tuesday 26 March 2013

"Terowong Pening" di Penang ???


Pulau Pinang kini semakin riuh dengan 
bantahan oleh rakyat terhadap projek terowong mega 
Limp Gua hEng (LGE).

Amende “projek” terowong mega ini? Nama macam gempak kan?

LGE kata, projek dibawah 
kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ini adalah untuk 
membina satu sistem baru bagi mengurangkan kesesakan trafik ,kononnya.

Supaya tak pecah tembelang & nampak hEducated,
LGE telah memperincikan projek tersebut;

1) terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), 
2) lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu, 4.2 km, 
3) lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam, 4.6 km, 
4) jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, 12 km.

Kekdahnya, kenapa rakyat penang kecoh pasal benda ni??
Haaa... 


Dengar2, projek tersebut tidak perlu melalui tender & satu lagi, 
KENAPA kau sebok2 nak buat terowong bila
jambatan kedua pulau pinang pun still tak mula  operasi lagi??
Nampak sgt tak gi skolah time kecik2 dlu. Sedih la kau nih.

Another thing is, tender yang bernilai jutaan ringgit ini juga telah diberikan (dgn senang-lenang)
kepada syarikat Konsortium Zenith,
yg mana pemegang saham tempatannya tidak diketahui turut dicurigai. (bajet ninja ke takut kena cop kroni?)

Nak senang cerita, naluri rakyat dah dapat feel bahawa
kerajaan ternakan LGE ni seakan-akan mahu mengaut keuntungan lebih melalui projek tersebut!!

"Ini adalah satu projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit dan beliau (Lim) memberikannya kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Apa yang dia lakukan?" soal beliau. Ketua Pemuda Umno Negeri, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, mana-mana syarikat perlu menunjukkan bahawa ia adalah mampu dari segi kewangan sebelum terlibat dalam mana-mana projek. "Kita tahu bahawa Beijing Urban Construction Group (BUCG), merupakan salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di China, ia adalah syarikat yang baik.
 "Tetapi syarikatyang diberikan projek ini adalah Consortium Zenith, yang mana pemegang saham tempatannya tidak diketahui. Kita tahu mereka mempunyai dua pengarah, tetapi kita tidak tahu siapa mereka," katanya. Dr Shaik Hussein juga mempersoalkan Lim yang menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang kepada syarikat pembinaan itu. Beliau berkata, sepatutnya tiada tempoh konsesi 30 tahun bagi kutipan tol untuk link ketiga, apabila syarikat itu diberikan tanah itu secara berperingkat. "Tanah itu adalah RM525 kaki persegi dan kini bernilai RM2.5 bilion. "Dalam tempoh lima tahun, ia akan bernilai sekurang-kurangnya RM5 Bilion dan pembangunan di atas tanah itu akan memberi syarikat keuntungan sebanyak tiga atau empat kali lebih daripada RM6.3 bilion, menyebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya RM30 bilion. "Mereka akan mendapat RM8.7 bil lagi sekiranya mereka diberikan konsesi 30 tahun," kata Dr Shaik Hussein.

Mungkinkah faktor harga tanah di Penang yg semakin meningkat 
mendorong kerajaan Penang membuat sedemikian agar keuntungan 
dapat dibahagi sama rata dengan syarikat konsortium?


Terdahulu,Guan Eng turut menyatakan hasratnya untuk melaksanakan kutipan tol yg mana kutipan tol bg terowong dasar laut tersebut mestilah menyamai tol jambatan kedua Penang.

Hari tu cerita kemain lebat kata nak hapus tol bagai, what the animal semua ini LGE??
ehh, lupa, manifesto BUKAN janji, kah3.


Berbaloikah projek tersebut ?

Kesesatan Lalu-Lintas di Penang

Adakah kesesakan lalulintas dapat diatasi apabila terlaksananya 
projek mega tersebut kelak sedangkan masalah kesesakan 
di Penang masih tidak dapat diatasi sehingga hari ini?


p/s ; rakyat Penang sila cakna, kang tak pasal2 hidup hangpa merana. #SelamatkanPenang

Sumber: http://www.utaranews.com/2013/03/projek-terowong-bawah-laut-ppinang.html

Sunday 24 March 2013

#Lahad Datu - Anwar Ibrahim terlibat atau tidak ?






 ANWAR DALANG #Lahad Datu


- Pada 7 Febuari 2013, Sivarasa & Tian Chua bawa wang ke Manila dan Anwar turut serta berjumpa dengan  Nur Misuari di Manila juga.

- Di Manila ( Philippine Military Intelligence ) mengesahkan kehadiranSivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Feb 2013, yakni bahawa 2 hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Febuari 2013.

- Media Antarabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine, ABC , CBN , Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan " Pembabitan Individu Pembangkang dari Malaysia ". Kemudiannya, individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkianat Negara Anwar Ibrahim.

- 2 hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Makhamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.

- Pada 8 Febuari 2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chuabertemu dengan kelompok-kelompok MNLF, dipercayai memberikan sejumlah wang yang besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1 Mac 2013.


- Perjumpaan pada 7 Febuari 2013 merupakan janji manis  Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. Begitu juga, bapa segala pengkhianat negara ( Anwar Ibrahim ) turut bersama-sama berada di Manila bertemu dengan Nur Misuari.
 
 
 
Sumber:

'1 Malaysia'kah kita?

Ini betul² berlaku,dan apa yg berlaku masih segar dalam kotak ingatan admin.Baru² ini,dalam sebuah segmen bual bicara di sebuah stesen TV bertaraf antarabangsa,isu semangat ke-Malalaysiaan ataupun 1Malaysia telah dibangkitkan. 

Rata² mereka yg telah membangkitkan mengenai isu ini terdiri daripada rakyat Malaysia, bukan daripada kaum Melayu. Mereka mengatakan bahawa konsep atau laungan “Malaysia Truly Asia” hanyalah sekadar fabrikasi dan pemanis mulut kerajaan pemerintah untuk menarik kebanjiran pelancong ke negara ini .Selain itu,kerajaan pemerintah kini dikatakan masih mengamalkan politik konservatif dimana sentimen berasaskan perkauman diutamakan. 

Sejauh mana kebenaran atau ketepatan perkara ini??





 Lakonan semata-mata…..??

Dalam mengupas isu ini,admin merayu agar para pembaca meluangkan sedikit masa dan berfikir sejenak. Mengapa rakan senegara kita boleh merasakan perkara seperti ini??? Ya, kita akur perspektif setiap individu itu sememangnya lain dan berbeza dan kadang kala unik, tetapi apakah asbab tercetusnya pemikiran yg sedemikian.? 

Adakah kerajaan pemerintah yg harus dipersalahkan semata2 ???Bagaimana dengan peranan kita sebagai salah satu daripada jutaan bata yg membina Malaysia. Ingin admin bangkitkan beberapa contoh yg mungkin mampu memberikan cerminan akan kesatuan rakyat di negara kita. Dalam kerja berkumpulan,mengapa kita lebih selesa untuk bekerja sesama bangsa sendiri? Mengapa kita tidak boleh duduk semeja dengan bangsa lain semasa menjamu selera?? Bukankah kita sepatutnya bersatu untuk menjaga keharmonian Negara Malaysia yg tercinta?? 


p/s:Kita ini kalau kurang berfikir tapi banyak membangkang,sampai bila2 pun akan berada dibarisan belakang.